KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah bertitah semua pihak di negeri itu supaya menjaga kesucian masjid dan tidak wajar menjadikan ia sebagai pentas politik.
"Kita nak Pahang ini negeri yang aman, sentosa dan berharmoni... bila masa berpolitik lima tahun sekali.
"Awak nak berpolitik, politiklah tapi masjid kita kena jaga kesucian," titah baginda pada Taklimat Pembangunan Daerah Maran di Pejabat Daerah dan Tanah Maran, baru-baru ini.
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
"Penyakit-penyakit lama harus diharamkan antaranya seperti sembahyang dua imam, kafir mengkafir. Saya bagi amaran di sini, mana-mana masjid yang membenarkan ini terpaksa ambil tanggungjawab.
"Penghulu, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) akan bertanggungjawab. Saya pun akan bertanggungjawab," titah baginda.
Sementara itu bagi suri rumah Liza Ariff, 54, yang menetap di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading berkata dengan titah Al-Sultan Abdullah itu, penduduk di kampung berkenaan berharap dapat menjalani ibadah dengan sempurna tanpa drama politik yang boleh merosakkan fungsi institusi masjid.
"Contohnya, wanita di kampung ini sepanjang Ramadan sibuk dengan program tadarus al-Quran dan kami boleh melakukannya dengan tenang dan aman tanpa adanya hasad dengki atau unsur politik," katanya.
Usahawan logam Muhamad Arif Mazli, 21, berharap titah Sultan Pahang itu diambil perhatian oleh pihak berkenaan kerana dia sudah letih dengan sikap mereka yang menjadikan masjid sebagai pentas politik.
"Sebagai orang muda, kami tidak mahu agama Islam dipengaruhi oleh fahaman politik kepartian yang boleh mengakibatkan perpecahan.
"Titah baginda yang memberi amaran supaya tidak berlakunya dua iman ini wajar kerana tidak mahu situasi lama ini berakar umbi di sini," katanya yang menetap di Kuantan.
Seorang suri rumah dari Kuantan, Zahara Mat Nawi, 45, berkata perihal politik tidak seharusnya dibawa ke masjid kerana ia boleh mengeruhkan lagi suasana serta ikatan persaudaraan sesama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam. -Gambar fail/Bernama
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Sultan Pahang, Sultan Selangor zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat, terutamanya rakyat di negeri Pahang agar menyambut lebaran dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.
Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
Sultan Pahang zahir dukacita kejadian lempar bom petrol
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.
Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat istisqa' mohon hujan
Sultan Pahang menitahkan Jabatan Agama Islam Pahang supaya semua masjid di negeri ini melaksanakan solat istisqa' memohon diturunkan hujan.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Semua pihak harus sokong titah Sultan Pahang, jaga kesucian masjid - Mufti Pulau Pinang
Semua pihak harus menyokong titah Sultan Pahang Al-Sultan yang mengingatkan supaya masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.